Anizz impian merupakan sebuah syarikat perniagaan internet secara online dan kaedah konvensional sebagai satu alternatif dalam menguruskan keperluan perkahwinan ANDA!. Kami menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan pengurusan perkahwinan secara online dan tidak dilupakan secara temujanji (Offline) di mana perkhidmatan kami adalah bersama-sama pasangan mempelai yang hendak mendirikan rumah tangga membuat perancangan persiapan majlis perkahwinan serta keperluan-keperluan lain dalam merealisasikan hari-hari bahagia mereka.
Perkhidmatan perundingan yang kami tawarkan adalah merangkumi segala aspek bermula dari persiapan untuk Majlis Pertunangan, Malam Berinai, Akad Nikah, Perkahwinan, Persandingan, Katering dan segala macam persiapan bagi bakal-bakal pengantin dengan harga yang berpatutan.
Sekiranya ada terdapat sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, silalah hubungi kami atau membuat temujanji untuk perbincangan.
Pejabat (Pulau Pinang)
No. 17-A, Jalan Pattani, 10150 Georgetown Pulau Pinang
Tel. / Faks: 04-2280402
HP: 012-4488489 (Saiful) 012-5305711 (Anita)
Email: anizzimpian@gmail.com
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat (11.00 pagi - 7 malam)
Sabtu ( Sila buat temujanji dahulu)
Ahad & Cuti Umum (Tutup)
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Anizz Impian diuruskan oleh Pasangan Suami Isteri yang begitu fanatik dan obses dalam dunia pengurusan dan pengendalian majlis-majlis Perkahwinan di Malaysia ini. Anizz Impian adalah sepenuhnya dimiliki oleh BUMIPUTRA. 'ANI' di ambil sempena daripada Anita (Penolong Pengurus) & 'IZZ' diambil sempena nama anakanda sulung 'Izzat Munir". 'IMPIAN' dipilih bersempena dengan tujuan sebenar dan komitmen kami untuk mengendalikan perkhidmatan perundingan ini dan seterusnya merealisasikan impian pasangan pengantin dalam menjadikan Majlis Perkahwinan mereka sebagai satu Memori Terindah dan dikenang sepanjang hayat. Syarikat ini diilhamkan oleh Saudara Saiful Adli pada Julai 2006 dan mula melibatkan diri sebagai jurugambar, juruvideo perkahwinan, khidmat katering untuk majlis perkahwinan dan terlibat secara tidak langsung dalam pengurusan majlis perkahwinan kawan-kawan & sanak saudara serta beberapa buah butik pengantin di sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Pengalaman beliau dalam bidang pengurusan semasa berkhidmat di salah sebuah bank terkemuka tempatan telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman untuk menguruskan sesuatu majlis samada majlis korporat ataupun perkahwinanan. Minat beliau yang mendalam telah membawa beliau sekeluarga untuk menceburkan diri di dalam bidang ini secara aktif untuk memberi perkhidmatan perundingan bagi majlis-majlis perkahwinan.
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI. Anda merupakan tetamu kami yang ke .......
Sila singgah sebentar ke Laman Web Sahabat Kami:
http://itacollections.webs.com/ (The Boutique)
http://www.lensautara.com/ (The Team)
http://weddingmalaya.fotopages.com/ (Sahabat kami)
http://anizzimpian.fotopages.com/ (Koleksi2 Gambar)
Semua foto dan video di dalam web ini adalah hakcipta dan milik anizzimpian@photovideocreative. Sebarang salinan semula atau rakaman tanpa kebenaran adalah menjadi satu kesalahan. Terima kasih.