ANIZZ IMPIAN

Your Wedding's Partner

ANIZZ WEDDING PLANNER

 

 Panduan Perancangan Majlis Perkahwinan

Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan majlis perkahwinan mereka, perlulah ada PERANCANGAN yang teliti & rapi agar majlis dapat berlangsung dengan lancar. Kami ANIZZ Wedding Planner ingin berkongsi maklumat @ panduan yang mudah untuk bakal mempelai membuat perancangan majlis perkahwinan mereka.    

12 BULAN SEBELUM

  • Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh & waktu bernikah
  • Mengatur bajet yang diperlukan samada RENDAH, SEDERHANA atau MEWAH
  • Meneliti lokasi majlis samada akan dilakukan di Hotel, Dewan atau rumah
  • Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu samada berhidang atau buffet

11 BULAN SEBELUM

  • Menetapkan tarikh nikah, kahwin & bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak
  • Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan
  • Mengintai-intai pakaian perkahwinan
  • Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dll.

10 BULAN SEBELUM

  • Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara
  • Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis
  • Mencari beberapa lokasi & tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet

9 BULAN SEBELUM

  • Mengumpul nama-nama tetamu
  • Pilih katering atau masak sendiri. Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang
  • Pilih JURUFOTO dan JURUVIDEO

8 BULAN SEBELUM

  • Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk dewan atau hotel)
  • Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
  • Menyelesaikan segala temujanji dengan doktor

 

7 BULAN SEBELUM

  • Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
  • Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
  • Memilih JURUSOLEK

6 BULAN SEBELUM

  • Mula menempah kad perkahwinan
  • Menghubungi kadi dan Pejabat Agama Islam
  • Menjalani ujian darah / HIV jika diperlukan

5 BULAN SEBELUM

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan (Bayar Deposit, Menyedang Pakaian)
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis)
  • Menempah cenderahari untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM

  • Pilih CINCIN perkahwinan
  • Menyiapkan gubahan hantaran (samada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM

  • Memastikan kelengkapan P.A. Sistem lengkap seperti Deejay, iringan lagu, kompang dan sebagainya
  • Mengaturkan penginapan bagi saudara & rakan terdekat yang datang dari JAUH

2 BULAN SEBELUM

  • Menulis dan Mengutuskan kad perkahwinan kepada tetamu
  • Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah
  • Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM

  • Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu, sauna & sebagainya)
  • Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
  • Pastikan segala tempahan pelamin, jurusolek, tiket kapal terbang, bilik dan perkahwinan berjalan dengan lancar
  • Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah , tiara dan kasut
  • Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik

 3 MINGGU SEBELUM

  •  Bertemu dengan segala urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar
  • Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis
  • Berada di lokasi lebih awal untuk mendapatkan MOOD majlis

SEMINGGU SEBELUM

  • Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urusetia jika terdapat sebarang perubahan
  • Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum BERCUTI
  • Hindari KONFLIK, TENANGKAN DIRI

DI HARI PERKAHWINAN

  • Pastikan ANDA mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
  • MANDI sebersihnya agar kelihatan SEGAR sepanjang hari
  • BERDANGAN Cantik, Senyum dan BerDOAlah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

Begitulah serba sedikit panduan pengurusan majlis perkahwinan yang memang menarik dan mencabar sesuai dengan Hari Bahagia bagi pasangan mempelai. Kami pasti, ramai bakal-bakal pengantin di luar sana mahukan majlis perkahwinan mereka yang TerBAIK, terINDAH dan terPAHAT sehingga ke akhir hayat. Komitmen kami adalah menjanjikan satu perancangan dan pengurusan yang mantap, efisien dan berkesan demi memastikan Majlis Perkahwinan anda yang terbaik pernah kami anjurkan.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang APA YANG KAMI TAWARKAN, SMS kami di talian yang diberikan untuk sebarang pertanyaan atau untuk sebarang temujanji pada bila-bila masa sambil minum TEH TARIK satu!... Jangan MALU untuk bertanya yaa....